*Melayu time…(rojak)*

By Freek at 3:23 pm on Thursday, July 13, 2006

Aku berasa sungguh kelakar.

Semalam, sepatutnya aku enjoy. Sebab… daripada 11 period yang aku ada, aku cuma ajar 4 period dan relief 1. Betul-betul aku enjoy. Super.

Tetapi, aku lupa pula yang semalam, hari untuk bermesyuarat selepas mesyuarat.(meetings after meeting lah gitu..)

Biasalah, contact time. Lepas tu pulak, benda LC. Yang menjadikan aku pening, sebab banyak betul orang bercakap. Bila banyak sangat orang bercakap dan repeat benda yang sama, aku jadi bingit. Aku nak suruh “Diam boleh, tak?” pun tak boleh sebab, tu boss kecik aku. Jadi, nak tak nak, walaupun aku dapat melihat ada yang pandang-pandang, jeling-jeling, aku biarkan saja. Yang penting, objektifnya tercapai. Lain kali, aku takmo jadi pengendali benda alah tu. Leceh nauzubillah.

Lepas benda LC tu 1.5jam, boss kecik aku nak mesyuarat pulak. Pening aku dibuatnya. Macam-macam benda nak dibuat sebelum Ogos ni. Nak itu, ini. Bukan aku nak mengadu, tapi aku tengok macam terlalu banyak yang nak diselitkan. Macam singkat masa gitu. Semalam aku belum sempat cakap dengan C.Kh. Kalau tidak, aku rasa, dia pun rasa macam aku jugak.

Nasib baik aku dah suruh budak-budak tu buat benda sikit-sikit.

Balik pulak, aku dah mula pening kepala. Sampai hari ni MC. Ingat nak minta doktor bagi aku MC dua hari, tapi, kesian pulak darjah 1 aku. Lagipun, besok tarian. Aku nak rest betul-betul hari ni. Aku nak siap barang-barang dan lesson plan minggu depan. Mana taknya, hari enam hari minggu aku burn pergi seminar. Kalau tak, aku pergi NE show Sabtu ni, tapi sebab seminar kat hotel Manda.rin tu, aku kenalah pergi seminar. Tu yang pening tu, kalau tak buat lesson plan hari ni, takde time lagi aku nak buat.

Tapi, biar macam mana pun, aku tetap nak tengok Pirates Sabtu ni. Tu mesti.

Ok, aku mintak maaf kalau kengkorang baca entry ni dan terus pening macam aku. Maklumlah, Bu.lan Ba.ha.sa tap chek.goo macam aku ni buat rosak program. Jangan sampai pening, kalau pening, datang rumah aku. Doktor ada kasi aku obat.

Ok, aku nak makan megi. Bye.

Filed under: My Life2 Comments »

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

2 Comments »

1
Get your own gravatar for comments by visiting gravatar.com

Comment by Suhaila

July 13, 2006 @ 4:57 pm

Nyeahaha. I agree! Banyak sangat benda orang-orang kat atas tuh nak selit. Sampai banyak guru amik MC akhir-akhir nie. Aku sendiri amik MC 3 kali dalam masa 4 bulan. Tu kira kes teruk tu.

2
Get your own gravatar for comments by visiting gravatar.com

Comment by Declone

August 8, 2006 @ 9:28 am

Hahha, takkan share ubat kot…

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment